Skip to main content

PENGARUH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN TERHADAP PEMBANGUNAN INSAN DAN NEGARA

 Menurut Abu Bakar dan Ikhsan (2003), pendidikan adalah aktiviti bagi memahami potensi yang terdapat pada seseorang dan seterusnya melakukan sesuatu untuk kesempurnaan Tabi'i. Proses pendidikan dapat membangunkan semua potensi yang ada merangkumi potensi akal, jasmani,rohani, emosi dan sosial. Bukan itu saja, potensi ini dapat meningkatkan kapasiti, daya, intelek, kemahiran dan kepercayaan kepada persekitaran sosial terutamanya melalui tunjuk ajar dan satu proses mengembangkan potensi individu yang mengenali diri dan tujuan hidup.

Seterusnya, Falsafah Pendidikan ialah suatu sistem kepercayaan, pegangan atau prinsp am yang membincangkan pelbagai hal mengenai pendidikan dan dapat memberikan sumbangan kepada negara. Manakala Dasar pendidikan mempunyai peranan penting dalam menentukan hala tuju sistem pendidikan iaitu Dasar Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan mewujudkan satu sistem pelajaran yang dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik.Menurut Fauziah (2008) pembangunan modal insan adalah pembangunan yang penuh dengan keinsannyan. Ia harus dilengkapi dengan pembangunan jiwa, hati dan naluri bagi melahirkan insan yang ada sifat keinsannya.

Malaysia merupakan sebuah negara membangun yang memiliki ekonomi yang kompetitif. Hal ini terjadi kerana terdapat modal insan yang menentukan tingkat pembinaan masyarakat dan melahirkan golongan yang memiliki tenaga kerja yang berdedikasi serta berkomitmen tinggi.
  Perkembangan positif dalam sistem pendidikan kini terlihat jelas, khususnya dalam proses menuntut ilmu kini menjadi lebih pantas dan mudah dengan wujudnya kemajuan teknologi dalam bidang pendidikan.

Semasa dunia dilanda Pandemik Covid-19, proses pembelajaran secara dalam talian dijalankan. Pendidikan mudah alih secara jarak juga telah dijalankan di Malaysia secara meluas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang diwartakan di seluruh negara. Bukan itu saja, pembelajaran secara kendiri termasuk tuisyen dalam talian menjadi norma baharu dalam sistem pendidikan negara kita.



Malahan permintaan terhadap sektor perguruan juga meningkat, hal ini dapat diliht melalui pengambilan one-off 18000 orang guru baharu telah diumumkan oleh Dr. Radzi Jidin, Menteri Pendidikan pada Julai 2021.

Penumbuhan institusi pengajian tinggi juga meningkat di mana kita dapat melihat proses pembelajaran sepanjang hayat diperkenalkan dalam melahirkan warganegara berpendidikan tinggi. Warganegara berpendidikan tinggi memainkan peranan penting sebagai perintis dalam menyumbang kepada pembangunan negara. Disamping itu, kualiti guru dipertingkatkan khususnya dalam memantapkan cara pengajaran melalui kursus-kursus latihan teknologi pendidikan. Guru-guru juga dipertingkat pemahaman ilmu psikologi pembelajaran bagi memantapkan lagi proses melahirkan modal insan yang membentuk kemenjadian murid dengan jayanya selain melahirkam guru yang berketrampilan dan mahir dalam pedagogi.

Natijahnya, pendidikan memainkan peranan utama dalam membangunkan modal insan dan negara. Pembelajaran didalam bilik darjah merupakan petunjuk utama yang menjadi pengukur untuk kemajuan sesebuah negara. Oleh itu, rakyat yang mempunyai pendidikan tinggi akan melahirka modal insan yang cemerlang, seterusnya meningkatkan nama negara. Pendidikan juga menjadi asas pembinaan negara bangsa dan pengukuhan perpaduan negara, Melalui pendidikan, seseorang individu itu akan dapat meningkatkan taraf hidupnya dan menjadi masyarakat yang berjaya serta mampu menyumbang kepada pembangunan negara,

Comments

Popular posts from this blog

HUBUNGKAIT DI ANTARA FALSAFAH,DASAR DAN SISTEM PENDIDIKAN DAN FUNGSINYA TERHADAP PERKEMBANGAN PEDIDIKAN DI MALAYSIA.

 Falsafah pendidikan merupakan panduan dan hala tuju sistem pendidikan sesebuah negara. Malaysia menjadikan Falsafah Pendidikan sebagai halatuju sistem pendidikan berdasarkan matlamat negara, dasar-dasar, Prinsip-prinsip rukun negara dan sebagainya. Dengan itu, segala perancangan pendidikan termasuk penetapan dasar pengisian program pedidikan akan berfokus ke arah yang sama. Contohnya, pengisian program pendidikan, kurikulum, dan menentukan isi kandungan adalah berpandukan pembangunan insan, pembangunan negara yang berdaya saing serta jati diri yang mantap. Seterusnya, dasar pendidikan merupakan satu dokumen yang mengambarkan aspirasi kerajaan dalam menentukan hala tuju pendidikn negara. Dasar yang telah digubal menjadi teras serta sumber rujukan dalam setiap program. Hubungkait diantara Falsafah ialah mencari dan membuktikan kebenaran serta memberi arah tujuan untuk perkara yang penting.Manakala pendidikan ialah proses untuk mengembangkan JERIS. Hal ini bertujuan untuk menambah ke...