Skip to main content

IMPAK PEMBANGUNAN NEGARA TERHADAP KEMAJUAN PENDIDIKAN

 Peningkatan kualiti pendidkan berkait rapat dengan pembangunan atau kemajuan sesebuah negara. Pendidikan penting dalam pembangunan sesebuah negara untuk melahirkan sebuah negara maju. Mengabaikan kepentinga pendidikan bererti mengekang pencapaian negara dan menyekat keperluan individu sama ada untuk kepentingan peribadi mahupun masyarakat. Falsafah Pendidikan Negara bertekad melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat. 

Dalam pada itu, tanpa pendidikan masyarakat menjadi mundur dan ketinggalan dalam arus modenisasi pembangunan yang sedang rancak berlaku di luar negara. Pendidikan berperanan untuk memenuhi keperluan nagara dalam membekalkan tenaga kerja progresif, berintegriti, dan mempunyai tahap kognitif yang tinggi agar dapat seiring dengan negara-negara maju.

Pembangunan dapat dilihat melalui tingginya tahap pendidikan dalam sesebuah negara. Semakin tinggi ilmu pendidikan seseorang itu semakin banyak peluang untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik dan dapat mengubah nasib keluarga mereka. Tanpa pendidikan seseorang itu dianggap jauh ketinggalan daripada arus pemodenan.



Dalam menghadapi cabaran abad ke-21, Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang membangun dan dalam usaha keras menjadi sebuah negara maju dan berdaya saing telah mengatur perancangan yang strategik bagi merealisasikannya. Seluruh rakyat digesa supaya menimba sebanyak mungkin ilmu pengetahuan, berfikiran inovatif dan kreatif, berdaya saing serta memupuk nilai-nilai murni, mempunyai penampilan progresif dan berbudaya prestasi tinggi. Misi Nasional dan Rancangan Malaysia Kesembilan juga telah menetapkan pembangunan modal insan minda kelas pertama sebagai salah satu daripada lima teras pembangunan negara.

Kejayaan agenda pembangunan modal insan amat bergantung kepada mutu sistem pendidikan negara. Oleh itu, usaha untuk mentransformasikan sistem pendidikan negara pada semua peringkat dari pra sekolah hingga ke pengajian tinggi sedang giat dilaksanakan di Malaysia. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah menterjemahkan hasrat ini menjadi pelan tindakan yang mesti dilaksanakan di semua institusi pengajian tinggi di Malaysia melalui Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara.Bukan itu saja, lima teras utama dalam Misi Nasional Malaysia juga mengambarkan keprihatinan dalam aspek pembangunan modal insan iaitu meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi, meningkatkan kapasiti pengetahuan dan inovasu negara serta memupuk minda kelas pertama bagi menangani ketidakseimbangan sosioekonomi yang berterusan secara membina dan produktif, meningkaykan tahap dan kemapanan kualiti hidup dan mengukuhkn keupayaan institusi dan pelaksanaan.

Kesimpulannya, bagi membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara maju bukan sahaja perlu berasaskan kedudukan dan keupayaan ekonomi yang berdaya tahan dan berdaya saing,pengagihan kekayaan yang saksama, penyertaan semua kumpulan masyarakat dan keseimbangan ekonomi. Pada masa yang sama, perlu memperkukuhkan minda,budaya, nilai dan institusi sosial,Malaysia perlu memiliki infrastruktur kelas pertama dengan minda warganya juga kelas pertama.

Comments

Popular posts from this blog

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN, FALSAFAH, DASAR DAN PEMBANGUNAN

PENDIDIKAN   Pendidikan mengikut pandangan umum ialah aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian, jasmani manusia. Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk menwujudkan insan yang hormonis dan seimbang dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Pendidikan adalah salah satu agenda besar yang boleh mempengaruhi kualiti dan ketamadunan sesebuah bangsa di dunia. Manusia akan dianggap mundur sekiranya tiada pendidikan. Individu dan keluarga yang berilmu dan meletakkan ilmu sebagai cara hidup akan lebih mudah membuat satu keputusan yang tepat (Wan Hassan 2007). Ikatan silaturahim dalam keluarga dan m asyarakat juga akan lebih kukuh. Bukan itu saja, Pendidikan juga merupakan satu proses menyampai dan menimba pengetahuan untuk membangunkan daya intelek dan keyakinan diri manusia. Seterusnya, pendidikan juga

HUBUNGKAIT DI ANTARA FALSAFAH,DASAR DAN SISTEM PENDIDIKAN DAN FUNGSINYA TERHADAP PERKEMBANGAN PEDIDIKAN DI MALAYSIA.

 Falsafah pendidikan merupakan panduan dan hala tuju sistem pendidikan sesebuah negara. Malaysia menjadikan Falsafah Pendidikan sebagai halatuju sistem pendidikan berdasarkan matlamat negara, dasar-dasar, Prinsip-prinsip rukun negara dan sebagainya. Dengan itu, segala perancangan pendidikan termasuk penetapan dasar pengisian program pedidikan akan berfokus ke arah yang sama. Contohnya, pengisian program pendidikan, kurikulum, dan menentukan isi kandungan adalah berpandukan pembangunan insan, pembangunan negara yang berdaya saing serta jati diri yang mantap. Seterusnya, dasar pendidikan merupakan satu dokumen yang mengambarkan aspirasi kerajaan dalam menentukan hala tuju pendidikn negara. Dasar yang telah digubal menjadi teras serta sumber rujukan dalam setiap program. Hubungkait diantara Falsafah ialah mencari dan membuktikan kebenaran serta memberi arah tujuan untuk perkara yang penting.Manakala pendidikan ialah proses untuk mengembangkan JERIS. Hal ini bertujuan untuk menambah kemahi