Skip to main content

HUBUNGKAIT DI ANTARA FALSAFAH,DASAR DAN SISTEM PENDIDIKAN DAN FUNGSINYA TERHADAP PERKEMBANGAN PEDIDIKAN DI MALAYSIA.

 Falsafah pendidikan merupakan panduan dan hala tuju sistem pendidikan sesebuah negara. Malaysia menjadikan Falsafah Pendidikan sebagai halatuju sistem pendidikan berdasarkan matlamat negara, dasar-dasar, Prinsip-prinsip rukun negara dan sebagainya. Dengan itu, segala perancangan pendidikan termasuk penetapan dasar pengisian program pedidikan akan berfokus ke arah yang sama. Contohnya, pengisian program pendidikan, kurikulum, dan menentukan isi kandungan adalah berpandukan pembangunan insan, pembangunan negara yang berdaya saing serta jati diri yang mantap.

Seterusnya, dasar pendidikan merupakan satu dokumen yang mengambarkan aspirasi kerajaan dalam menentukan hala tuju pendidikn negara. Dasar yang telah digubal menjadi teras serta sumber rujukan dalam setiap program. Hubungkait diantara Falsafah ialah mencari dan membuktikan kebenaran serta memberi arah tujuan untuk perkara yang penting.Manakala pendidikan ialah proses untuk mengembangkan JERIS. Hal ini bertujuan untuk menambah kemahiran, kebolehan dan pengetahuan. Sebagai contoh, dasar kebangsaan seperti bahasa pengantar utama.


Sistem pendidikan merupakan suatu strategi atau cara yang digunakan untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai tujuan agar dapat mengembangkan potensi setiap lapisan masyarakat di Malaysia, yang mana ianya telah diselia oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 

Pendidikan dan pembangunan membentuk dua pemboleh ubah yang saling berkaitan sama ada dalam bentuk sebab dan akibat yang saling berhubungan. Pendidikan dilihat sebagai satu progres untuk mengupayakan manusia berfikir dan bertindak secara benar dan betul. Falsafah Pendidikan pula meperihalkan tentang fungsi,proses dan matlamat pendidikan yang dilaksanakan.. Disamping ia diformulasikan tertakhluk kepada dasar-dasar yang telah digubal dan diperundangkan. Manakala pengisian kepada pelakasanaan pendidikan adalah bagi mencapai matlamat yang ditetapkan menerusi sistem pendidikan yang dibentuk. Dalam konteks ini, falsafah ,dasar dan sistem pendidikan adalah menjadi jambatan yang menghubungkan matlamat pendidikan dengan proses pelaksanana dalam pengajaran dan pembelajaran.




Comments

Popular posts from this blog

IMPAK PEMBANGUNAN NEGARA TERHADAP KEMAJUAN PENDIDIKAN

 Peningkatan kualiti pendidkan berkait rapat dengan pembangunan atau kemajuan sesebuah negara. Pendidikan penting dalam pembangunan sesebuah negara untuk melahirkan sebuah negara maju. Mengabaikan kepentinga pendidikan bererti mengekang pencapaian negara dan menyekat keperluan individu sama ada untuk kepentingan peribadi mahupun masyarakat. Falsafah Pendidikan Negara bertekad melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat.  Dalam pada itu, tanpa pendidikan masyarakat menjadi mundur dan ketinggalan dalam arus modenisasi pembangunan yang sedang rancak berlaku di luar negara. Pendidikan berperanan untuk memenuhi keperluan nagara dalam membekalkan tenaga kerja progresif, berintegriti, dan mempunyai tahap kognitif yang tinggi agar dapat seiring dengan negara-negara maju. Pembangunan dapat dilihat melalui tingginya tahap pendidikan dalam sesebuah negara. Sem...

PENGARUH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN TERHADAP PEMBANGUNAN INSAN DAN NEGARA

 Menurut Abu Bakar dan Ikhsan (2003), pendidikan adalah aktiviti bagi memahami potensi yang terdapat pada seseorang dan seterusnya melakukan sesuatu untuk kesempurnaan Tabi'i. Proses pendidikan dapat membangunkan semua potensi yang ada merangkumi potensi akal, jasmani,rohani, emosi dan sosial. Bukan itu saja, potensi ini dapat meningkatkan kapasiti, daya, intelek, kemahiran dan kepercayaan kepada persekitaran sosial terutamanya melalui tunjuk ajar dan satu proses mengembangkan potensi individu yang mengenali diri dan tujuan hidup. Seterusnya, Falsafah Pendidikan ialah suatu sistem kepercayaan, pegangan atau prinsp am yang membincangkan pelbagai hal mengenai pendidikan dan dapat memberikan sumbangan kepada negara. Manakala Dasar pendidikan mempunyai peranan penting dalam menentukan hala tuju sistem pendidikan iaitu Dasar Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan mewujudkan satu sistem pelajaran yang dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi...