PENDIDIKAN Pendidikan mengikut pandangan umum ialah aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian, jasmani manusia. Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk menwujudkan insan yang hormonis dan seimbang dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Pendidikan adalah salah satu agenda besar yang boleh mempengaruhi kualiti dan ketamadunan sesebuah bangsa di dunia. Manusia akan dianggap mundur sekiranya tiada pendidikan. Individu dan keluarga yang berilmu dan meletakkan ilmu sebagai cara hidup akan lebih mudah membuat satu keputusan yang tepat (Wan Hassan 2007). Ikatan silaturahim dalam keluarga dan m asyarakat juga akan lebih kukuh. Bukan itu saja, Pendidikan juga merupakan satu proses menyampai dan menimba pengetahuan untuk membangunkan daya intelek dan keyakinan diri manusia. Seterusnya, pendidikan juga
HUBUNGKAIT DI ANTARA FALSAFAH,DASAR DAN SISTEM PENDIDIKAN DAN FUNGSINYA TERHADAP PERKEMBANGAN PEDIDIKAN DI MALAYSIA.
Falsafah pendidikan merupakan panduan dan hala tuju sistem pendidikan sesebuah negara. Malaysia menjadikan Falsafah Pendidikan sebagai halatuju sistem pendidikan berdasarkan matlamat negara, dasar-dasar, Prinsip-prinsip rukun negara dan sebagainya. Dengan itu, segala perancangan pendidikan termasuk penetapan dasar pengisian program pedidikan akan berfokus ke arah yang sama. Contohnya, pengisian program pendidikan, kurikulum, dan menentukan isi kandungan adalah berpandukan pembangunan insan, pembangunan negara yang berdaya saing serta jati diri yang mantap. Seterusnya, dasar pendidikan merupakan satu dokumen yang mengambarkan aspirasi kerajaan dalam menentukan hala tuju pendidikn negara. Dasar yang telah digubal menjadi teras serta sumber rujukan dalam setiap program. Hubungkait diantara Falsafah ialah mencari dan membuktikan kebenaran serta memberi arah tujuan untuk perkara yang penting.Manakala pendidikan ialah proses untuk mengembangkan JERIS. Hal ini bertujuan untuk menambah kemahi